Thursday, August 25, 2011

Kacamata

Suatu hari Haikal pergi ke kedai kacamata dan ia
tertarik pada sebuah kacamata yang menurut
penjualnya boleh tembus pakaian...

Ketika ia mengenakan kaca mata tersebut, semua orang
yang dilihatnya nampak telanjang.
Haikal memecat kacamatanya, orang-orang tersebut
kembali berpakaian lengkap.
Dipakainya lagi, semuanya telanjang!

"Hebat!" teriak Haikal kegirangan lalu membelinya..

Sambil senyum dia memakai kacamata itu hingga sampai
ke rumahnya.
Dia ingin menunjukkan kacamata itu kepada Suzi,
isterinya, tetapi isterinta tidak ada di ruang
tamu. Haikal kemudian terus ke bilik tidur dan melalui
kacamatanya dia melihat isterinya sedang
telanjang bulat bersama tukang kebunnya. Haikal lalu
memecat kacamatanya, tapi isteri dan tukang
kebunnya itu masih telanjang. Dipakainya kembali
kacamata itu.. eh... keduanya masih juga
telanjang. Sambil marah-marah haikal berkata,
"Sialan!!! Kacamata mahal begini tak sampai sehari
sudah rosak !!!"

Benda Paling Pantas

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya.
Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang

calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga.

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun

mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,
calon
yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"


Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas

sekali?", tanya CEO tersebut.



Calon pertama berkata,

"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun

bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"
CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan

calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan

jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon

keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana

kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan

jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa

sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.....

Dr Rozmey Bercadang Beli Real Madrid...!!



translate---->

“ahli perniagaan kosmetik terkenal telah mengadakan perjumpaan dengan alfredo di stefano dan juga Florentino Perez pemilik kelab terkaya real madrid untuk mengambil alih kelab tersebut pada bulan hadapan…banyak perubahan dijangka akan berlaku berikutan penukaran pemilik kelab antaranya jurulatih Jose Mourinho akan digantikan dengan jurulatih Malaysia, K.Raja Gobal.”

Kejadian Aneh

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..*****, " sambung Abah memaki lagi

PS: ini tdak trjd kpd diriku yaa...haha

JANGAN HILANG PEN

hilang pen - tak boleh bwat keje skolah
tak buat keje skolah - tak pandai
tak pandai - fail SPM
fail SPM - tak dapat masuk U
tak dpt Masuk U - takde ijazah
takde ijazah - tak boleh dpt keje
tak dapat keje - takde duit
takde duit - kusut masai
kusut masai - tak hensem
tak hensem - takde awek
tak ade awek - tak boleh kawin
takleh kawin - takde anak
takde anak - lonely
lonely - tertekan
tertekan - bunuh diri
#WARNING# - jangan hilang Pen