Wednesday, May 25, 2011

Terengganu Ambil Alih Teraju Liga M

Kelantan gagal pertahan persada liga selepas tewas kepada T-Team



TERENGGANU berpesta gol di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi untuk mengambil alih kedudukan tangga teratas Liga Super selepas membelasah pasukan tetangga, Pahang 5-0 malam tadi tatkala Kelantan dikejutkan T-Team.

Turun dengan matlamat mengatasi kelebihan jaringan pendahulu sebelumnya - Kelantan - Terengganu membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi Ashaari Samsuddin sebelum Abd hadi Yahya mencatat hatrik pada minit ke-20, 53, 56 dan Manaf Mamat (m-71) melengkapkan kemenangan barisan Irfan Bakti Abu Salim.

  • Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan tumpas 2-1 kepada T-Team menerusi Indra Putra Mahayuddin pada masa kecederaan.

  • Di Stadium Shah Alam, Selangor terus dirundung malang apabila penyerang Harimau Muda A, Izzaq Faris Ramlan menanduk masuk gol pertama untuk meletak skuad Ong Kim Swee pada minit ke-42 sebelum Syahrul Azwari Ibrahim menambah jaringan pada minit k-62.
    Safiq Rahim merapatkan jurang untuk barisan K Devan (m-65) menerusi sepakan percuma tetapi gagal mencari gol kebangkitan yang sekali gus meletakkan Selangor kekal di tangga ketiga liga.

  • Di Stadium KLFA Cheras, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan seri 1-1 dengan Ahmad Hazwan Bakri terlebih dulu meletak tuan rumah di depan menerusi sepakan percuma (m-24) sebelum Aidil Zafuan Abdul Razak menyamakan kedudukan (m-71).

  • Di Stadium Likas, Sabah bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan FELDA United 2-1.


  • Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis kecewa lagi apabila Perak bangkit dengan dua gol untuk pulang dengan tiga mata hasil jaringan Mohd Syazwan Ashraf (m-64) dan Akmal Rizal Rakhli (m-84) yang memadam gol pendahuluan Tengku Mohd Adam Tengku Rosli (m-48).

  • Di Stadium JCORP Pasir Gudang, Johor FC tewas 1-0 kepada Kedah selepas Badrol Bakhtiar yang menerima umpanan Mohd Khyril Muhymeen Zambri merembat tepat pada minit ke-75.
  • No comments:

    Post a Comment